Tampilkan postingan dengan label jangan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jangan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Jangan Sekadar Laung ‘Hidup Melayu’


KUALA LUMPUR – Gagasan progresif yang diperkenalkan Pemuda Umno bukan sekadar sembang kosong atas angin, sebaliknya telah dizahirkan melalui program yang membuahkan perubahan di akar umbi.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ini telah terbukti apabila pelbagai isu yang membelenggu rakyat telah diperjuangkan oleh Pemuda Umno.

“Lima rukun Pemuda Umno iaitu Berprinsip, Inklusif, Relevan, Proaktif dan Bersatu telah dirangkumkan dalam satu pendekatan baru yang lebih progresif. Progresif bukanlah bermakna lupa diri atau perjuangan asas.

“Percaya kepada pendekatan berbeza dan moden juga tidak bermaksud Pemuda menggadaikan identiti dan perjuangan bangsa merdeka. Sebaliknya, melalui pendekatan ini, Pemuda telah bergerak atas dasar politik khidmat bakti sebagai perjuangan kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno 2013, di sini.

Katanya, nasib anak bangsa masih di takuk lama sekiranya pendekatan sekadar melaungkan slogan terus diamalkan.

“Walaupun ada di antara kita berasa cukup dengan hanya bersorak ‘Hidup Melayu’, kita jangan ambil pendekatan serupa. Hidup Melayu itu sudah ketentuan, tapi soalnya kita mahu Melayu hidup bagaimana?

“Yang penting ialah tinjauan dan keberkesanan program kita daripada melaungkan slogan semata-mata. Sudah tentu lebih mulia apabila Melayu hidup bermartabat dari merempat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Pemuda juga tidak lagi boleh bergantung dengan formula lama iaitu bertindak sebagai ‘geng pendesak’.

“Kita membangkitkan semangat dan emosi, tetapi gagal meninggalkan kesan jangka panjang untuk agama, bangsa dan negara. Bukan niat mahu memperkecilkan pendekatan lama di mana Pemuda dilihat sebagai kumpulan pendesak kerajaan pasca merdeka.

“Namun, zaman sudah berubah dan masyarakat kini lebih mementingkan kebertinjauanan dan kebertanggungjawaban. Rakyat tidak lagi lut dengan retorik sekiranya tidak memberi kesan progresif kepada mereka,” katanya. – Sinar Harian Online
Read More..

Senin, 03 Februari 2014

PAS Jangan serang Pak Samad hanya untuk alih isu minyak

OLEH MD IZWAN
September 05, 2013

PAS mengecam tindakan melampau kerajaan dan pihak berkuasa terhadap Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang dianggap sebagai cubaan mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu kenaikan harga minyak.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata tindakan ugutan untuk menarik balik gelaran Sasterawan Negara adalah satu penghinaan kepada Samad yang banyak menyumbang kepada negara.

"PAS melihat ada pihak yang semakin rancak bertindak melampau terhadap sasterawan negara itu.

"Kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada A Samad Said sangat menghina," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, layanan hina sedemikian hanya semata-mata kerana Samad tidak menyokong kerajaan, bukan kerana kebenaran yang dinyatakan sasterawan itu.

"Apakah kerajaan boleh menidakkan sumbangan Pak Samad memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu hanya kerana apa yang diperjuangkan Pak Samad kini tidak mesra kerajaan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini terdesak dengan tekanan oleh rakyat yang semakin marah ekoran kenaikan harga minyak sehingga terpaksa mengalihkan isu itu dengan menyerang Samad.

"Kerajaan BN disaran jangan cuba mengalih perhatian daripada isu peningkatan harga minyak dengan memangsakan Pak Samad dengan apa jua alasan.

"Tindakan kerajaan salah saja tangkap, salah sikit tangkap benar-benar menjadikan Malaysia negara polis. Sedangkan dialog, perbincangan dan pelbagai medium boleh digunakan bagi menjernihkan keadaan," katanya.

Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.

Namun, orang ramai termasuk pemimpin politik dan aktivis menyelar tindakan pihak polis tersebut sebagai tidak beradab dan menghormati seorang yang berusia dengan menahannya lewat pagi.

Sasterawan negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan. – 5 September, 2013.
The Malaysian Insider
Read More..

Sabtu, 21 Desember 2013

Syarat Pelik ‘Ustaz Bomoh’ Arah pesakit jangan pakai seluar dalam

22 December 2012  
 
Syarat Pelik ‘Ustaz Bomoh’, Tekap Muka Pada Kemaluan - 
KUALA TERENGGANU : Dia menggunakan teknik perubatan pelik dengan meraba, menekap muka pada kemaluan selain mensyaratkan pesakit tidak memakai seluar dalam ketika bertemu sebelum meminta mangsa mencium pipi selepas rawatan selesai.
Walaupun pelik, mangsa yang percaya dengan teknik rawatan  itu tidak membantah kerana percaya ia amalan perubatannya namun kegiatan itu akhirnya terbongkar selepas seorang gadis juga pelajar sebuah sekolah menengah di Gong Badak, dekat sini, merasakan dirinya terpedaya dengan perbuatan jijik ‘bomoh miang’ berkenaan.
Gadis berusia 17 tahun itu sebelum ini mengadu masalah mengenai teman lelakinya yang mengalami gangguan pada sarafnya kepada penceramah motivasi yang bertandang ke sekolahnya.
Kesempatan itu digunakan lelaki digelar ‘ustaz’ berusia 38 tahun itu untuk menghubunginya dan menawarkan diri bertandang ke rumah mangsa, 21 Mei lalu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, lelaki berkenaan turut meminta mangsa tidak memberitahu kedatangannya kepada sesiapa kerana mendakwa rumahnya didiami jin dan perlu dihalau segera.
“Akibatnya, mangsa diminta menyediakan dua botol air dan tidak memakai seluar dalam sementara menunggu mangsa tiba di rumah mangsa di Gong Badak kira-kira jam 4.30 petang ketika ahli keluarga lain tiada di rumah,” katanya.
Harian Metro difahamkan, sebaik lelaki berkenaan tiba, mangsa terus membuka pintu sebelum suspek meletakkan tangan di dada lalu memeluk, memegang punggung dan meramas buah dada serta mengusap kemaluan gadis berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, suspek menekap mukanya pada kemaluan mangsa sebelum meminta dua botol air disediakan untuk dijampi.
Manoharan berkata, mangsa memberikannya dan lelaki berkenaan membaca sesuatu sebelum dia keluar dari rumah sebaik saja meminta gadis terbabit mencium pipinya.
“Mangsa tidak melawan ketika itu kerana percaya ia syarat perubatan, namun beberapa hari selepas itu dia menceritakan teknik rawatan itu kepada seorang fasilitator dan dimaklumkan perbuatan itu satu penyelewengan dalam perubatan Islam.
“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dimaklumkan lelaki terbabit sudah ditamatkan perkhidmatan kerana masalah disiplin menyebabkan dia berasa tertipu lalu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu lalu,” katanya.
Ekoran laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menjalankan gerakan memburu dan mangsa serta beberapa kakitangan agensi terbabit memasang jerat meminta bomoh terbabit kembali ke rumahnya untuk berubat kali kedua.
Difahamkan, suspek yang bertandang ke rumah mangsa kira-kira jam 2 pagi kononnya untuk meneruskan ‘rawatan’ ditahan di rumah mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.
Manoharan berkata, lelaki berkenaan kini direman sehingga 3 Jun ini. – paapaada.blogspot
Kaki Sembang
Read More..