Tampilkan postingan dengan label hanya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hanya. Tampilkan semua postingan
Senin, 03 Februari 2014
PAS Jangan serang Pak Samad hanya untuk alih isu minyak
OLEH MD IZWAN
September 05, 2013
September 05, 2013

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata tindakan ugutan untuk menarik balik gelaran Sasterawan Negara adalah satu penghinaan kepada Samad yang banyak menyumbang kepada negara.
"PAS melihat ada pihak yang semakin rancak bertindak melampau terhadap sasterawan negara itu.
"Kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada A Samad Said sangat menghina," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, layanan hina sedemikian hanya semata-mata kerana Samad tidak menyokong kerajaan, bukan kerana kebenaran yang dinyatakan sasterawan itu.
"Apakah kerajaan boleh menidakkan sumbangan Pak Samad memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu hanya kerana apa yang diperjuangkan Pak Samad kini tidak mesra kerajaan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan ketika ini terdesak dengan tekanan oleh rakyat yang semakin marah ekoran kenaikan harga minyak sehingga terpaksa mengalihkan isu itu dengan menyerang Samad.
"Kerajaan BN disaran jangan cuba mengalih perhatian daripada isu peningkatan harga minyak dengan memangsakan Pak Samad dengan apa jua alasan.
"Tindakan kerajaan salah saja tangkap, salah sikit tangkap benar-benar menjadikan Malaysia negara polis. Sedangkan dialog, perbincangan dan pelbagai medium boleh digunakan bagi menjernihkan keadaan," katanya.
Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.
Namun, orang ramai termasuk pemimpin politik dan aktivis menyelar tindakan pihak polis tersebut sebagai tidak beradab dan menghormati seorang yang berusia dengan menahannya lewat pagi.
Sasterawan negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan. – 5 September, 2013.
The Malaysian Insider

Rabu, 25 Desember 2013
Pulau Pinang Tidak Halang Hanya Nasihat Guan Eng

Rusdi Ramli dan Faezah Elai antara pelakon filem Tanda Putera.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang menafikan mengeluarkan larangan penayangan filem kontroversi, Tanda Putera di panggung wayang di negeri itu.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan tidak akan mengambil tindakan ke atas mana-mana panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem arahan penerbit dan pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba itu.
Bagaimanapun Lim mengulangi nasihat kerajaan negeri supaya filem berkenaan tidak ditayangkan kepada umum kerana didakwa mengandungi unsur fitnah dan membahayakan penonton.
"Nasihat ini dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang untuk memberi penekanan kepada umum betapa bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan nasional dan kaum di negara ini.
"Sepertimana tidak ada tindakan yang diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan tersebut, tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat kerajaan negeri," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu memberi jaminan bahawa kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan menghukum pengendali panggung wayang di Pulau Pinang kerana menayangkan filem tersebut.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan nasihat ini kerana filem ini telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa," katanya
Filem Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan negara selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969.
Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ia pada mulanya di jadual ditayangkan pada 13 September 2012, tetapi ditangguhkan ke 15 November tahun yang sama dan seterusnya ditangguhkan lagi pada 2013.

Langganan:
Postingan (Atom)