Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Selasa, 18 Februari 2014
VIDEO Temubual Dengan Wanita Mangsa Belasahan Suami Dalam Lif

SEMALAM kita dah baca kenyataan isteri yang menjadi mangsa dibelasah suaminya dalam lif tempoh hari.
Si suami juga sudahpun diberkas.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Menceritakan kejadian itu semalam, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.
“Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.
“Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami marah,” katanya.
Jom kita lihat pula rakaman video oleh Harian Metro dalam temubual tersebut.
Senin, 23 Desember 2013
Adam Dan Fiza Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

DENGAN sekali lafaz, bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, selamat bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, 30.
Tepat jam 10.30 pagi, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin sebanyak RM300 di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam.
Fiza tampil anggun dengan persalinan berwarna putih lengkap berpurdah sementara Adam segak menggenakan jubah putih.
Pada majlis itu juga, Adam menyerahkan hantaran berupa sepersalinan barangan solat kepada isterinya itu.
Majlis pernikahan mereka turut dihadiri rakan artis, Sabhi Sadhi.
Perkenalan kedua mempelai ini dikatakan bermula sejak bulan Ramadan lalu dan Adam telah melamar Fiza pada pertemuan kedua mereka.
Fiza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Ahmad Farriq Zainul Abidin tetapi disahkan bercerai pada November 2010.
Hasil perkahwinan terdahulu, Fiza dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.




Oleh: JULIANA JOHAR
Foto: RIZA RAZAK
Langganan:
Postingan (Atom)