Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 08 Februari 2014
Lelaki Israel Ceraikan Isteri Gara Gara Miliki Ratusan Ekor Kucing
Posted by Rafly Rindengan on May 26, 2012 |
Lelaki itu mengatakan kepada mahkamah bahawa ada begitu banyak kucing di rumah, yang membuatnya tidak dapat tidur di tempat tidurnya sendiri
Seorang lelaki Israel, telah menceraikan isterinya kerana ia menolak untuk menyingkirkan ke-550 ekor kucingnya.
Mahkamah di kota Bersyeba, Israel, mendesak pasangan tersebut untuk mencoba rekonsiliasi, tetapi sang isteri tetap menolak untuk berpisah dengan kucing-kucingnya, yang ternyata lebih berarti baginya daripada suaminya.
Menurut Times Israel, lelaki itu mengatakan bahawa ada begitu banyak kucing di rumah sehingga ia tidak dapat tidur di ranjangnya sendiri.
Kucing-kucing peliharaan isterinya menolak untuk tidur di lantai, dan lebih memilih tempat tidur yang nyaman, dan akibat begitu banyak kucing yang mondar-mandir di sekitar rumah, lelaki itu bahkan tidak dapat menggunakan kamar mandi.
Lebih parah lagi, kucing-kucing tersebut membuat hampir tidak mungkin untuknya menyiapkan makanan di dapur.
‘Ketika ia duduk untuk makan, kucing-kucing tersebut melompat ke meja dan mencuri makanannya, “menurut Times Israel. manado today
Senin, 23 Desember 2013
Adam Dan Fiza Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

DENGAN sekali lafaz, bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, selamat bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, 30.
Tepat jam 10.30 pagi, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin sebanyak RM300 di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam.
Fiza tampil anggun dengan persalinan berwarna putih lengkap berpurdah sementara Adam segak menggenakan jubah putih.
Pada majlis itu juga, Adam menyerahkan hantaran berupa sepersalinan barangan solat kepada isterinya itu.
Majlis pernikahan mereka turut dihadiri rakan artis, Sabhi Sadhi.
Perkenalan kedua mempelai ini dikatakan bermula sejak bulan Ramadan lalu dan Adam telah melamar Fiza pada pertemuan kedua mereka.
Fiza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Ahmad Farriq Zainul Abidin tetapi disahkan bercerai pada November 2010.
Hasil perkahwinan terdahulu, Fiza dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.




Oleh: JULIANA JOHAR
Foto: RIZA RAZAK
Langganan:
Postingan (Atom)