Jumat, 27 Desember 2013

Pemaisuri Agong mula bertudung Alhamdulillah moga menjadi tauladan buat rakyat

Setelah pulang dari Makah mengerjakan Ibadah Haji Pemaisuri Agong Memakai Tudung dengan sempurna . 
Hidayah anugerah Allah . Moga menjadi contoh kepada rakyat seluruh negara 
DALIL WAJIB MENUTUP AURAT :
 Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat  mana yang dinamakan aurat, terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama  berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.
Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan DadaFirman Allah SWT :              
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah al-Nur : 31)
Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak TanganHendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT,
Ertinya : "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa yang biasa nampak daripadanya adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian takwa seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian TipisDiriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, "Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini." Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, "Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya."
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya

Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Goblin Si Makhluk Hijau Supernatural Yang Misterius

Goblin Si Makhluk Hijau Supernatural Yang Misterius - Gobli adalah salah satu dari sekian banyak makhluk misterius yang lebih kita kenal dengan sebuatn makhluk mitologi. Masyarakat meyakini bahwa goblin itu ada hingga kini, walaupun pada kenyataannya, kita tidak pernah mendengar kemunculan goblin.

Photobucket
Goblin adalah sejenis makhluk supernatural yang muncul dalam dongeng-dongeng dan kisah-kisah fiksi fantasi. Mereka memiliki tinggi berkisar antara 30 cm sampai dengan 2 m. Biasanya kulit mereka berwarna hijau. Dalam cerita rakyat Eropa, Goblin merupakan bangsa peri atau makhluk supernatural. Ukuran tubuh mereka kecil dan kadangkala tidak terlihat oleh mata manusia. Mereka dilukiskan sebagai makhluk mungil berwarna hijau dan bertelinga runcing. Goblin erat kaitannya dengan api dan memiliki kemahiran untuk menciptakannya.

Menurut versi lain dalam beberapa dongeng dan kisah fantasi, Goblin merupakan bangsa makhluk yang buas dan ganas. Mereka tinggal di gua-gua yang gelap atau di bawah tanah. Ras mereka diidentikkan dengan makhluk jahat dan merupakan petarung yang brutal. Mereka dilukiskan sebagai makhluk berbadan tegap seperti manusia, berkulit hijau, telinganya lancip, dan berwajah sangar dan mengerikan. Kadang-kadang mereka menculik bayi dan memangsa manusia.

Goblin dalam Harry Potter

Photobucket
Kadangkala Goblin juga memiliki keahlian dalam kegiatan perniagaan dan keuangan. Dalam kisah Harry Potter, Goblin memiliki kecakapan dalam perbankan dan dalam game World of Warcraft mereka memiliki keahlian dalam menjual rumah. tapi sayangnya hingga saat ini masih belum terdapat bukti yang menguatkan tentang keberadaan Goblin atau mungkin penampakannya.Goblin adalah makhluk gaib fiktif dalam seri novel Harry Potter. Goblin sangat ahli dalam pembuatan benda-benda dari logam dan menjalankan bank sihir Gringotts. Di pemerintahan sihir, Disediakan kantor Hubungan Goblin yang merupakan bagian dari Departemen pengaturan dan Pengawasan Makhluk Gaib. Goblin digambarkan memiliki jari-jari dan kaki yang kurus panjang, mata berwarna hitam, dan kepala yang lebih besar dari kepala manusia. Goblin memakan daging mentah, akar-akaran, dan jamur. Goblin berkomunikasi dengan bahasa yang disebut Gobbledegook. Goblin memiliki pandangan yang berbeda dengan penyihir mengenai kepemilikan suatu benda. Menurut mereka, pembuat suatu benda adalah pemilik sejati dari benda tersebut, meskipun benda itu dibeli oleh orang lain. Hukum sihir melarang goblin memiliki tongkat sihir namun goblin memiliki kemampuan sihir tersendiri yang berbeda dengan penyihir pada umumnya.

Hubungan antara goblin dan penyihir telah menjadi tegang selama berabad-abad dikarenakan kesalahpahaman di kedua belah pihak. Ini sering memicu kekerasan seperti pemberontakan dan huru-hara goblin. Bersama peri rumah, goblin dianggap sebagai warga kelas dua di dunia sihir. Goblin memilih tetap bersikap netral pada Perang Sihir II, tidak memihak Voldemort maupun Harry Potter. Dalam kasus tertentu, seorang goblin bisa berteman dengan penyhir, bahkan bisa terjadi perkawinan goblin-penyihir.

Photobucket


Photobucket


Photobucket

sumber: http://korananakindonesia.wordpress.com/2010/04/13/goblin-si-mahluk-hijau-supernatural-yang-misterius/
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Pulau Pinang Tidak Halang Hanya Nasihat Guan Eng

Rusdi Ramli dan Faezah Elai antara pelakon filem Tanda Putera.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang menafikan mengeluarkan larangan penayangan filem kontroversi, Tanda Putera di panggung wayang di negeri itu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan tidak akan mengambil tindakan ke atas mana-mana panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem arahan penerbit dan pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba itu.

Bagaimanapun Lim mengulangi nasihat kerajaan negeri supaya filem berkenaan tidak ditayangkan kepada umum kerana didakwa mengandungi unsur fitnah dan membahayakan penonton.

"Nasihat ini dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang untuk memberi penekanan kepada umum betapa bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan nasional dan kaum di negara ini.

"Sepertimana tidak ada tindakan yang diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan tersebut, tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat kerajaan negeri," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu memberi jaminan bahawa kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan menghukum pengendali panggung wayang di Pulau Pinang kerana menayangkan filem tersebut.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan nasihat ini kerana filem ini telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa," katanya

Filem Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan negara selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ia pada mulanya di jadual ditayangkan pada 13 September 2012, tetapi ditangguhkan ke 15 November tahun yang sama dan seterusnya ditangguhkan lagi pada 2013.
Read More..

Kartun PM Israel Dipenuhi Darah Dikecam Yahudi Inggeris

Selasa, 29 Januari 2013 
Karitkatur Netanyahu (Foto: Sunday Times)
Karitkatur Netanyahu (Foto: Sunday Times)
LONDON – Sebuah suratkhabar England  menerbitkan karikatur Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu, berada dalam kondisi berlumuran darah warga Palestin . Karikatur ini mendapatkan kecaman dari warga Yahudi di Inggeris.

Taipan media Rupert Murdoch, pun meminta maaf atas kartun yang dikeluarkan suratkhabar miliknya tersebut. Kartun tersebut diterbitkan di akhbar Sunday Times tepat pada hari peringatan peristiwa Holocaust. Kartun itu sendiri dibuat oleh seorang kartunis bernama Gerald Scarfe.

“Kartun Gerald Scarfe tidak menunjukkan posisi akhbar Sunday Times. Kami meminta maaf atas terbitnya kartun yang membuat banyak warga merasa tersinggung,” ujar Murdoch dalam akaun Twitter-nya, seperti dikutip AFP, Selasa (29/1/2013).

Murdoch pun mengirimkan salah satu redaktur Sunday Times untuk bertemu dengan kelompok Yahudi di England dan memberikan permintaan maaf secara langsung kepada mereka. Kelompok Yahudi England memang   mengecam kartun tersebut yang dianggap mereka tidak pantas dan menjijikkan.

Kelompok Yahudi menyebutkan penerbitan kartun tersebut serupa dengan fitnah yang seringkali diterima kaum Yahudi di masa lalu. Di masa silam, kaum Yahudi seringkali dituduh sebagai kaum yang haus darah dan suka menculik anak-anak untuk diminum darahnya. Kelompok Yahudi juga menayangkan waktu penerbitan kartun yang bersamaan dengan hari peringatan Holocaust Minggu 27 Januari lalu.

Kecaman juga diberikan oleh ahli politik di Israel. Ketua Parlimen Israel Reuven Rivlin menyatakan, kartun tersebut mengingatkan kaum Yahudi pada masa-masa ketika diskriminasi dan fitnah seringkali diterima kaum Yahudi di negara Barat.
(AUL)okezone.com
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Imlek Di Kampung Tambak Bayan Surabaya

Ada banyak kawasan pecinan di Surabaya. Salah satunya adalah kampung Tambak Bayan yang loasinya tak jauh dari kawasan Monumen Tugu Pahlawan Surabaya. Konon, kampung ini sudah ada sejak lama yang juga menjadi saksi perkembangan sejarah Kota Surabaya di masa lampau.

Pada hari Minggu tanggal 10 Februari 2013 yang lalu, kawasan di kampung terlihat sangat ramai dan semarak. Nuansa tetabuhan ala kesenian Barongsai terdengar dari kampung ini dalam rangkaian menyambut dan memeriahkan Hari Raya Imlek 2564.

Sudah dua tahun terakhir ini warga patungan untuk menyewa Barongsai berkeliling kampung untuk menghibur mereka seuasai sembahyang. Saat berkeliling itulah nantinya ada warga yang akan memberi mereka angpao meski jumlahnya tidak banyak. Nah angpao itulah yang akan dipakai untuk membayar grup barongsay.


Sebagai tradisi tahunan, Barongsai itu berkeliling ke penjuru kampung untuk mendatangi rumah warga yang mayoritas merupakan etnies Tionghoa.
 
 Mereka baik yang dewasa dan anak-anak yang dikunjungi oleh Barongsai itu tentu merasa senang dengan  tak lupa memberikan angpau pada Barongsai.Selain berbagi rezeki, mereka juga berharap mendapatkan berkah atas kehadiran Barongsai itu. 

Tak hanya Barongsai saja yang mendapatkan rezeki angpau dari warga. Anak-anak yang non Tionghoa di kampung setempat dan sekitarnya juga tampak berebut rezeki angpau.

 Mereka berkumpul di depan rumah warga untuk mendapatkan angpau seperti halnya tradisi memberikan uang dalam Hari Raya Lebaran umat Islam.
   
Di rumah warga itu sendiri selain ada yang dihiasi dengan ornamen Imlek seperti lampion dan sebagainya, juga ada altar sembahyang untuk mengenang leluhur dari keluarga mereka. Pada altar itu terdapat lilin dan dupa,  foto leluhur dan sesembahan berupa buah-buahan segar. 

=======================================================================

Break Session :

Baca juga artikel-artikel menarik lainnya di Blog ini dengan Langsung KLIK Link di bawah ini atau kata-kata berwarna Biru lainnya :

Menambang Uang Melalui Facebook dan Blog
Cara Mudah Membuat Toko Online

Tips Jitu Untuk Meningkatkan Traffic Situs atau Blog   

OLeh-oleh Khas Tuban 

Tiga Mobil Kuno Yang Legendaris Di Jawa Timur
Candi Masa Kerajaan Majapahit Di Trowulan 
Untaian Kisah Menarik Di Kelenteng Kwan Sing Bio 
Jejak Letusan Di Gunung Bromo dan Gunung Kelud
Kelenteng Kuno Di Kota Jombang

Patung Budha Yang Indah dan Unik Di Jawa Timur 
Kelenteng Dengan Lukisan Kuno Yang Indah  
Jejak Budaya Masa Lampau Di Makam Sunan Bonang
Wanita Inspiratif Ala Putri Herlina Dan Lennes Imut-imut
Gereja Yang Indah Dan Unik Di Jawa Timur

Bebatuan yang Indah Dan Bercahaya Di Lamongan

Monumen Pesawat Yang Legendaris Di Jawa Timur

Sensasi Memetik Teh Di Kebun Teh Kertowono

Kisah Batu Kodok Di Lamongan

Nasi Boran Yang Khas Dan Nikmat Di Lamongan



Patung Gajah Mungkur Yang Unik Di Gresik
Kisah Batu Gajah Yang Unik Di Tuban
Jejak Nostalgia Wisata Museum Di Surabaya 
Menyapa Monyet Liar Di Pemandian Bektiharjo 
Indahnya Kesenian Kuda Di Jawa Timur 

Pelabuhan Kuno Yang Legendaris Di Tuban 
Merenda Kenangan Di Pantai Pasir Putih Situbondo
Budaya Minum Tuak Di Bumi Ronggolawe

Merajut Kenangan Indah Di Malioboro Yogyakarta


Busana Kerancang Betawi Yang Indah Dan Menawan 


Eksotisme Wisata Air Terjun Sri Gethuk


Uniknya Memancing Di Ranu Grati Pasuruan 
Sejuta Kisah Menarik Di Kelenteng Kwan Sing Bio 
Jejak Perjuangan Bangsa Di Museum Benteng Vredeburg  
Koleksi Wayang Kulit Di Museum Santet

Swastika Ala Nazi Di Kelenteng Kwan Sing Bio 

Nuansa Seram Dalam Ritual Sumpah Pocong

Mengenang Gus Dur Di Kelenteng Boen Bio

Menikmati Surabaya Dengan Surabaya Heritage Track 

Legenda Kwan Kong Di Kelenteng Kwan Sing Bio


Suharto, Hercules Bergigi Baja Dari Tuban  

Masjid Aschabul Kahfie Di Dalam Gua Yang Unik 


Eksotisme Tradisi dan Budaya Dalam Pengantin Betawi
Megahnya Istana Kaisar Di Kelenteng Kwan Sing Bio
Nostalgia Masa Kecil Di Museum Anak Kolong Tangga


Ovi, Gadis Hulk Yang Perkasa Dari Tuban 

Menguji Nyali Di Tebing Watu Ondo

Mengenang Fenomena Aneh Gadis Kristal Di Tuban

Camilan Ampo Yang Terbuat Dari Tanah 

Ongkek Yang Langka Di Museum Kambang Putih Tuban 


Dinding Jebol Jejak Pelarian Pangeran Diponegoro

Foto Rongten Korban Santet Di Surabaya

Mobil Rolls Royce Kuno Milik Dinasti Sampoerna
Koleksi Tengkorak Manusia Di Museum Santet
Sumur Gemuling Yang Keramat Di Makam Sunan Bejagung

Misteri Jutaan Ikan Keramat Di Gua Ngerong 

Jejak Budaya Kerajaan Majapahit Di Candi Jabung

Aksi Premanisme Di Air Terjun Madakaripura 

Ondel-ondel Betawi Yang Unik dan Artistik
Oleh-oleh Dendeng Tokek Dari Probolinggo

Ancaman Maut Di Anak Gunung Kelud 
Jejak Vandalisme Makam Belanda Di Surabaya
Spa Alami Di Wisata Gunung Kelud 
Penampakan Hantu Di Petilasan Gembul
Kelenteng Boo Hway Bio Yang Indah Di Mojoagung

Misteri Gedung Singa Di Kota Surabaya
Nuansa Menegangkan Di Terowongan Gunung Kelud
Tauwa, Kuliner Peranakan Tionghoa Di Nusantara
Sayembara Unik Mengangkat Mesin Ketik Kuno
Sejuta Kekaguman Di Wisata Gunung Kelud

Mobil Mercedes Benz Kuno Peninggalan Bung Karno 
Relief yang Erotis Di Candi Penataran
Nostalgia Bung Karno Dengan Tokoh-tokoh Dunia
Gereja Batu Yang Unik Di Puhsarang Kediri
Patung Budha Sedang Tidur Di Mojokerto

Nostalgia Bung Karno dengan Tokoh Populer Dunia
Relief yang Erotis Di Candi Penataran
Kelenteng Hok Liong Kiong Yang Indah Di Jombang
Patung Makco Thian Shang Sen Mu Di Kediri 
Masjid Cheng Ho Yang Indah Unik Di Surabaya 

Sisi Lain Monumen Tugu Pahlawan Surabaya 
Ragam Kapal dan Perahu Tradisional di Lamongan 
Sosok Dokter Perintis Museum SANTET  
Meriahnya Parade Senja Di Grahadi Surabaya 
Pura Mandara Giri Semeru Yang Megah Di Lumajang

Kuda Unik Yang Bermahkota dan Bersayap
Jejak Sekolah Presiden Soekarno Di Surabaya
Monumen Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk Di Lamongan
Kisah Ali Baba Di Istana Boneka
Lukisan Ala Komik Di Kelenteng Bojonegoro 

Gadis di Tuban  Penarik Truck Dengan Menggunakan Rambut dan Gigi
Kerangka Gajah Purba Di Lamongan
Wisata Religi Di Makam Sunan Giri
Nasi Krawu Yang Nikmat dan Khas Gresik
Kue Pudak yang Nikmat dan Khas Gresik

Gedung Setan Yang Terkenal Di Surabaya
Mengenang Marching Band Sampoerna Yang Fenomenal
Indahnya Panorama Senja Di Pantai Kartini 
Pasar Tradisional Di Ranuyoso Yang Eksotis
Kelenteng Sumber  Naga Di Kota Probolinggo  

Nenek Penghuni Hutan Pinus Di Banyuwangi 
Bunker Peninggalan Belanda Di Surabaya
Wisata Guci Alit Yang Indah Di Lumajang 
Pura Luhur Poten Di Lautan Pasir Gunung Bromo

Gunung Bromo Yang Indah Dan Mengesankan
Lokomotif Kuno Di Museum Probolinggo
Legenda Tank Amfibi Peninggalan Belanda Di Ranu Grati 
 
Indahnya Masjid Agung Tuban di Malam Hari 
Kejurnas Off Road 4x4 Real Adventure di Tuban
Pameran Foto Bol Brutu di House Of Sampoerna 
Makam Siti Fatimah Binti Maimun Yang Unik 
Wanita Mini 75 cm dari Tuban 
Nuansa Nostalgia Di Pantai Tasikharjo Tuban 
Tradisi Bubur Suruh Di Makam Sunan Bonang
Buah Kenitu Yang Nikmat Dan Segar 
Kesenian Jaran Bodag Yang Eksotis dari Probolinggo

 Tips Mencari  Dan Mendapatkan Pemasang Iklan Di Blog

 Tips Mencari dan Mendapatkan Pemasang Iklan Di Blog #2

Tips Mencari dan Mendapatkan Pemasang Iklan Di Blog #3 

Mengenal Karakter Pemasang Iklan Di Blog  

Tips Jitu Untuk Meningkatkan Traffic Situs atau Blog
================================================================

Yang menarik, di sepanjang jalan memasuki kampung ini banyak terdapat mural yang menghiasi dinding kosong  dan rumah warga.Mural-mural itu umumnya gambar dengan tema dan lukisan ala Tionghoa yang merupakan karya seni dari mahasiswa ITS, UK Petra, Unesa dan sebagainya.

Adanya mural-mural itu mendapat sambutan posotif dari warga setempat. Salah satunya adalah Mas Gepeng Gokil yang merasa senang dengan adanya mural itu karena selain memperindah suasana juga menunjukkan bahwa kampung Tionghoa di Surabaya itu masih ada sampai sekarang yaitu di Tambak Bayan.

Di kampung ini ada 90-an Kepala Keluarga (KK) yang hidup di antara gang-gang sempit ini. Tempat tinggal mereka hampir sama semua yang berupa rumah petak dan berdinding kayu yang semakin lapuk dimakan usia.

Tiap keluarga, 3 sampai 5 orang, menghuni rumah yang ukurannya tidak lebih dari 4 X 4 meter. Tiap keluarga menyekat rumahnya menjadi dua bagian.
 
Yaitu  ruang depan  yang juga sebagai ruang makan atau ruang keluarga dan diruang  belakang sebagai kamar tidur. Praktis tidak ada ruangan lagi yang tersisa.
 
Di tengah keterbatasan dan ancaman adanya penggusuran kampung ini,  Imlek membuat warga bisa melupakan sejenak beban hidup yang semakin menghimpit. 

Harapan untuk hidup yang lebih baik di tahun depan adalah doa yang senantiasa dipanjatkan oleh  warga Tambak Bayan Tengah.

( Foto-foto : Rachmad Yuliantono )




 








Read More..

Senin, 23 Desember 2013

Adam Dan Fiza Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


DENGAN sekali lafaz, bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, selamat bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, 30.

Tepat jam 10.30 pagi, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin sebanyak RM300 di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam.

Fiza tampil anggun dengan persalinan berwarna putih lengkap berpurdah sementara Adam segak menggenakan jubah putih.

Pada majlis itu juga, Adam menyerahkan hantaran berupa sepersalinan barangan solat kepada isterinya itu.

Majlis pernikahan mereka turut dihadiri rakan artis, Sabhi Sadhi.

Perkenalan kedua mempelai ini dikatakan bermula sejak bulan Ramadan lalu dan Adam telah melamar Fiza pada pertemuan kedua mereka.

Fiza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Ahmad Farriq Zainul Abidin tetapi disahkan bercerai pada November 2010.

Hasil perkahwinan terdahulu, Fiza dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.





Oleh:  JULIANA JOHAR

Foto:  RIZA RAZAK

Read More..

Pesawat Terhempas Di Selat Melaka

Pesawat

Melaka – Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA 28 milik Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) terhempas di Selat Melaka berhampiran Masjid Selat di sini, malam tadi.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 8.26 malam itu, tiga mangsa masing-masing seorang juruterbang wanita Kapten Shahron Yee, 27, dan dua juruterbang pelatih lelaki Soh Sien Shoong, 22, dan Fairol Bamil, 23, terselamat.
Difahamkan ketika kejadian pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sebelum terhempas dalam sesi latihan penerbangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Yazid Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.41 malam dan tiba di lokasi seminit kemudian.
“Bagaimanapun unit bantuan membawa bot bersama 15 anggota Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh tiba di lokasi jam 8.54 malam.
“Mangsa ketiga berusia 23 tahun (Fairol) ditemui terapung kira-kira 400 meter dari pesisir pantai dan berjaya diselamatkan jam 9.30 malam,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Shah Gzali Khan Shahadad, berkata dua daripada mangsa iaitu Shahron yang mengendalikan pesawat dan juruterbang pelatih Soh yang duduk di bahagian belakang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai.
“Kapten berkenaan mengalami kecederaan dengan koyak kening kanan manakala Soh dari ipoh, Perak calar di bahagian belakang badan dan dirawat di Hospital Melaka.
“Manakala, juruterbang pelatih, Fairol berasal dari Sarawak diselamatkan anggota bomba dan penyelamat selepas dihanyutkan kira-kira 400 meter dari pantai,” katanya.
Menurutnya, lokasi sebenar nahas masih dalam siasatan dan pihaknya menjalankan kerja mencari bangkai pesawat sejurus selepas kejadian bagi mengelakkan ia dihayutkan arus.
Dalam pada itu, saksi, Shariman Mamat, 28, berkata ketika kejadian dia mahu menunaikan solat isyak sebelum terdengar suara meminta tolong.
Katanya, dia yang mahu terjun ke laut bagi menyelamatkan mangsa dihalang beberapa jemaah dan mereka sebaliknya meminta mangsa berenang ke tepi pantai berikut keadaan gelap.
“Apabila lelaki dan wanita itu berenang sehingga ke tepi perkarangan masjid saya terjun menyelamatkan mereka dan jemaah lain membantu mengangkat mangsa yang cedera sebelum di bawa ke Hospital Melaka menaiki kereta peronda polis.
“Namun, mereka sempat berpesan supaya menyelamat seorang lagi rakan mereka yang hanyut di laut sebelum kami terlihat cahaya lampu suluh yang dipegang mangsa dan segera menghubungi pihak berkuasa,” katanya. - HARIAN METRO
Read More..